Festival & Kebudayaan / Tradisi

Tradisi Muzik
Orang Irish mencintai dan mahir dalam seni, terutamanya dalam bidang sastera dan muzik. Terdapat sejarah panjang dan tradisi muzik di Ireland, yang sejak berzaman dahulu telah menghasilkan genre khususnya yang tersendiri yang dikenali sebagai muzik Irish. Menampilkan alat muzik seperti ullian pipes, dram, biola, hap dan flut, muzik tradisional Irish telah melalui pembaharuan dalam popularitinya, bukan sahaja di Ireland, malah di seluruh dunia, sama ada dalam bentuk asli atau melalui pengaruhnya dalam mereka muzik dan irama moden serta baru.
Banyak pub di seluruh Ireland mempunyai kugiran sebagai hiburan, atau seperti pub di bandar-bandar yang lebih kecil, penduduk tempatan lebih suka membawa alat muzik mereka sendiri dan mengadakan pertunjukan secara tidak berjadual dengan rakan-rakan pemuzik mereka dan akan memeriahkan suasana pada petang itu. Melawat pub di Ireland yang menyediakan muzik Irish secara langsung adalah satu pengalaman yang harus dilalui dan akan menjadi kenangan lawatan anda!
Hap dianggap istimewa dalam muzik Irish. Ia melambangkan keharmonian muzik dan rakyat Irish. Ia juga adalah alat muzik terawal yang disebutkan dalam sastera Irish dan telah digunakan sebagai lambing rasmi Ireland sejak zaman pertengahan. Kini, simbol hap ini dapat dilihat pada pasport dan setem negara Ireland.
Tarian Irish yang unik, yang dikatakan asal usul kepada ‘tap dancing’, juga sering mengiringi muzik tradisionalnya. Tarian Irish ditarikan oleh lelaki dan perempuan di mana kaki mereka akan bergerak manakala tangan diletakkan di sisi tanpa sebarang gerakan. Ketukan kaki adalah sebahagian dari genderang persembahan tersebut, yang biasanya rancak, bertenaga dan dinamik. Peluang untuk menikmati persembahan tarian Irish semasa melawat Ireland amat dialu-alukan, dan pasti akan menjadi pengalaman yang menarik dan menghiburkan mengenai budaya muzik Irish yang unik.
Walau bagaimanapun, pemuzik Irish yang berjaya tidak hanya terhad kepada muzik tradisional sahaja. Malah, ramai pemuzik moden dan kumpulan penyanyi yang terkenal di seluruh dunia berasal dari Ireland. Antara mereka termasuklah U2, The Corrs, Enya, Westlife, The Cranberries dan Van Morrison.

Terdapat banyak perayaan di Ireland bagi meraikan muzik dalam pelbagai bentuk termasuklah Wexford Opera Festival dan Guiness Cork Jazz Festival. Untuk maklumat terkini mengenai acara muzik, sila rujuk kepada Kalender Acara. (klik di sini!)
Selain itu, berikut adalah senarai beberapa dewan konsert utama yang sering menganjurkan acara hiburan bermusim dan warisan muzik tradisi:
Brú Ború Theatre: terletak di kaki bukit Rock of Cashel di Tipperary yang meraikan lagu-lagu, tarian, muzik, teater Irish asli serta kajian Celtic. Kampung budaya yang didirikan di taman di sini menumpukan kepada pembelajaran seni tersebut. Ia mempunyai teater dan kumpulan tradisi Brú Ború telah mengadakan persembahan di seluruh dunia termasuklah di Jepun, Sepanyol dan China. www.heritageisland.com
The National Concert Hall: di Dublin menganjurkan persembahan setiap minggu oleh Okestera Simponi Kebangsaan RTÉ, serta lain-lain persembahan termasuk opera dan muzzikal klasik. www.uch.ie
University Concert Hall (UCH): di Limerick adalah dewan konsert yang pertama dibina di Ireland. Sejak ia dibuka pada September 1993, UCH telah menganjurkan banyak dan pelbagai hiburan kerana ramai artis Kebangsaan dan antarabangsa yang terkenal memilih untuk mengadakan pertunjukan di sini. Pelbagai bentuk hiburan muzik terdapat di sini seperti klasikal, rock, ‘country dan western’, tribut, tradisional, jazz dan blues - serta opera, drama, muzikal, tarian, balet dan beberapa nama terkenal dalam komedi yang boleh dinikmati sepanjang tahun. www.uch.ie
The Lyric Theatre: di Belfast yang terletak di lokasi yang cantik di penghujung Ridgeway Street, di Stranmillis Road. Teater ini mempunyai memandang ke River Lagan dan membentuk sebahagian dari kawasan Queen’s Quarter, Belfast. www.lyrictheatre.co.uk
Grand Opera House: di Belfast bukan sahaja menyediakan persembahan menarik tetapi juga lawatan ke tempat menarik ini. www.goh.co.uk