Makanan dan Minuman
Menjamu Selera di Ireland
Walaupun terdapat banyak restoran dan kafe di bandar-bandar besar Ireland yang menepati setiap bajet namun bukan semuanya berada di sini. Banyak juga restoran menarik yang terdapat di desa-desa terpencil.
Kebanyakan restoran berbintang Michelin kami yang terletak di bandar memberikan pengalaman santapan yang hebat namun rasa sebenar Ireland biasanya dapat ditemui di pub-pub. Bayangkanlah semangkuk kupang panas atau stew Irish yang lazat, sungguh menyelerakan!
Ketika di Republic of Ireland, perhatikanlah simbol ‘Feile Bia’, pengiktirafan yang diberikan kepada restoran yang hanya menggunakan bahan-bahan terbaik sahaja di restoran mereka. Cara lain untuk menikmati masakan Irish adalah dengan menghadiri salah satu festival makanan di Ireland. Kami telah menyenaraikan beberapa pilihan yang popular di bawah.
Bandar-bandar besar di Ireland yang kosmopolitan dan memenuhi semua selera dan tradisi turut menyediakan pilihan makanan dan restoran halal. Untuk mendapatkan senarai restoran Halal, sila hubungi Pusat Islam tempatan di Ireland.
Dublin:
Islamic Cultural Centre of Ireland (ICCI) – Dublin
www.islamireland.ie
Islamic Foundation of Ireland and Dublin Mosque www.islamireland.ie
Cork:
The Cork Muslim Society
www.corkmosque.org/
Belfast:
Belfast Islamic Centre – Belfast, Northern Ireland
www.belfastislamiccentre.org.uk

Festival Makanan 2008
Untuk mencuba makanan terbaik dalam suasana pesta yang menyeronokkan, pastikan anda menghadiri festival makanan Irish – ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan! Festival makanan yang kami syorkan adalah:
Kilmore Quay Seafood Festival, County Waterford, Julai 2008 Kampung nelayan yang damai ini memulakan setiap bulan Julai dengan makanan laut, muzik dan tarian tradisional dan rakyat.
Hillsborough Oyster Festival, Ogos - September 2008 Dianjurkan di kampung Co Down yang cantik, festival ini menarik 12,000 orang pelawat dari serata dunia dan merupakan hos kepada World Oyster Eating Championships, salah satu daripada acara yang menyeronokkan.
Midelton Food and Drink Festival, County Cork, September 2008 Pameran dan percubaan makanan yang lazat. Budaya makanan yang digabungkan dengan pelbagai acara hiburan yang mengasyikkan.
Clarenbridge Oyster Festival, County Galway, September 2008 Meraikan permulaan musim tiram dengan tiram Clarenbridge yang terkenal. Kini merupakan tahun keraian yang ke-53.
The Galway International Oyster Festival, 25-28 September 2008 Festival tahap dunia yang menampilkan pembukaan kejohanan tiram dunia Guinness dan meraikan tiram Galway Bay yang terkenal. Makanan hebat, muzik dan keseronokan.
Kinsale Food Festival, County Cork, Oktober 10 – 13 2008 Festival hebat yang meraikan segalanya yang dapat ditawarkan oleh bandar gourmet Ireland ini. Bertempat di Hotel Acton’s dan Trident serta restoran Good Food Circle di serata bandar.
Listowel Food Fair, County Kerry, 6 - 9 November 2008 Salah satu festival makanan terbesar di negara ini, Listowel meraikan makanan gourmet terbaik di Kerry.