Maklumat Am / F.A.Q.



S. Berapakan perbezaan masa antara Malaysia dan Ireland

J. Perbezaan masanya ialah tolak 8 jam (7 jam semasa tempoh penjimatan masa siang, yang bermula pada hari Ahad terakhir bulan Mac sehingga Ahad terakhir bulan Oktober).

S. Bagaimanakah keadaan cuaca di Ireland?

J. Cuaca di Ireland boleh berubah dengan cepat dalam sehari. Semasa bulan Ogos, cuacanya nyaman dengan suhu tertinggi purata antara 20 – 25℃ dengan kelembapan rendah. Cuaca berangin dari Oktober hingga Februari menjadikan suhu lebih sejuk daripada keadaan suhu sebenar.

S. Pakaian jenis bagaimanakah yang sesuai semasa membuat lawatan ke Ireland?

J. Anda dinasihatkan supaya membawa jaket atau baju hujan kerana cuaca mudah berubah pada bila-bila masa sahaja. Ia juga berangin terutamanya di bahagian barat pulau seperti cenuram Moher, maka memakai beberapa lapis pakaian juga disyorkan kerana anda boleh menyesuaikannya mengikut keadaan.

S. Apakah yang disyorkan mengenai tukaran wang?

J. Anda disyorkan supaya menukar sedikit mata wang tempatan kepada mata wang Euro bagi Republic of Ireland, dan Pound Sterling apabila melawat Northern Ireland, sama ada di tanah air anda sebelum bertolak atau tiba di Ireland. Cek kembara kurang diterima pakai dan memerlukan anda pergi ke bank untuk menukarnya yang juga akan melibatkan yuran transaksi. Anda juga boleh membawa kad kredit dan menggunakannya untuk mendapatkan wang tunai di ATM tempatan.

S. Adakah kad kredit mudah diterima?

J. Kebanyakan kedai menerima kad kredit seperti VISA dan MasterCard. Kad kredit juga mudah digunakan untuk mendapatkan wang tunai di ATM sekiranya anda memerlukan wang tunai tambahan, menyewa kereta, menempah tiket kapal terbang, atau sebagai deposit apabila tinggal di hotel.

S. Adakah Ireland selamat?

J. Walaupun kadar pekerjaan di Ireland adalah rendah, ia mempunyai kadar jenayah yang terendah di Eropah. Walaupun begitu, anda perlu berhati-hati seperti yang biasa anda amalkan. Bagi wanita yang melawat seorang, langkah berjaga-jaga yang perlu juga mesti diamalkan. Bagi mereka yang risau akan keadaan politik di Northern Ireland, sebenarnya Northern Ireland adalah selamat dan aman dan tiada langkah berjaga-jaga tambahan dan khusus yang perlu diambil.

S. Adakah ia selamat untuk minum air paip di Ireland?

J. Air paip adalah selamat dan sesuai untuk diminum. Anda juga boleh menempah air paip selain dari air mineral di restoran!

S. Adakah teksi di Ireland selamat?

J. Teksi di Ireland adalah profesional dan selamat. Terdapat teksi bermeter dan tidak bermeter. Tidak kira apa jenis teksi yang anda gunakan, adalah lebih baik sekiranya anda bertanya dahulu tentang kos sebelum menaikinya.

S. Apabila menyewa kereta di Ireland, lesen apakah yang diperlukan?

J. Lesen memandu antarabangsa, kad kredit serta lesen memandu yang sah dari negara sendiri diperlukan untuk menyewa kereta sama ada di Republic of Ireland atau di Northern Ireland (United Kingdom).



S. Di bahagian manakan orang memandu di jalanraya di Ireland?

J. Di Republic of Ireland dan Northern Ireland, pemandu duduk di sebelah kanan dengan kereta dipandu di sebelah kiri jalan raya, sama seperti di Great Britain.

S. Adakah memberi tip merupakan amalan biasa di Ireland?

J. Secara amnya, kos di hotel termasuk 15% caj perkhidmatan. Apabila fi perkhidmatan telah dimasukkan, tip tidak diperlukan. Jika tiada caj perkhidmatan dimasukkan dalam bil di restoran hotel atau apabila menjamu selera, adalah perkara biasa untuk memberi tip anggaran 10 – 15% dari jumlah bil. Bagi porter di hotel, kadar tip adalah anggaran 75 Eurocents bagi setiap beg di Republic of Ireland, dan 50 pence setiap beg di Northern Ireland. Tip anggaran 10% adalah normal bagi pemandu teksi.

S. Apakah waktu perbankan di Ireland?

J. Waktu perbankan biasa di Republic of Ireland adalah:

Isnin hingga Jumaat 10:00 – 16:00. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ditutup.

Pada hari Khamis, bank dibuka sehingga jam 17:00

Waktu perbankan biasa di Nothern Ireland adalah:

Isnin hingga Jumaat 09:30 – 16:30. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ditutup.

Pada hari Khamis, bank dibuka sehingga jam 17:00

S. Apakah voltan dan jenis plag bagi barangan elektrik di Ireland?

J. Di Republic of Ireland, voltan bagi barangan elektrik adalah 220 volt, 50 Hertz. Di Northern Ireland pula, ia adalah 240 volt. Plag dan soket yang digunakan di Republic of Ireland dan Northern Ireland adalah sama iaitu 3 serampang (jenis BF). Sesetengah jenis 2 serampang (jenis C) juga digunakan.

Q. Jika saya menghadapi kesusahan di Ireland, siapakah yang perlu saya panggil untuk meminta bantuan?

J. Berikut ada beberapa nombor yang boleh anda hubungi jika terdapat sebarang kecemasan:

Hotline Kecemasan Polis/Bomba/Ambulan:
Tel: 999 (bagi Republic of Ireland dan Northern Ireland)

Nombor Penting di Republic of Ireland:

Kedutaan Malaysia di Dublin
Level 3A-5A, Shelbourne House, Shelbourne Road
Ballsbridge, Dublin 4
Tel: 01 6677280
E-mel: mwdublin@mwdublin.ie

Tourist Victim Support
Garda HQ, Harcourt Square, Dublin 2.
Tel: 01 478 5295
Laman Web: www.touristvictimsupport.ie

Nombor Penting di Northern Ireland:
Malaysian High Commission in London, UK
45 – 46 Belgrave Square, London SW1X 8QT
Tel: (4420) 7235 8033
Faks: (4420) 7235 5161
E-mel: mwlondon@btinternet.com
Laman Web: mwlondon@btinternet.com

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top