Maklumat Am / Gambaran keseluruhan

Populasi
Populasi kepulauan ini adalah anggaran 5.6 juta orang, di mana 3.9 juta daripadanya tinggal di Republic of Ireland dan 1.7 juta tinggal di Northern Ireland. Kepulauan Ireland mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya dan lebih daripada separuh penduduknya berumur bawah 30 tahun!
Bahasa
Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi Ireland. Gaelic merupakan bahasa kedua dan banyak dituturkan di kawasan pendalaman, yang juga dikenali sebagai kawasan Gaeltacht, di mana Irish dituturkan setiap hari. Walau bagaimanapun, ke mana sahaja anda pergi, semua orang boleh berbahasa Inggeris.
Zon Waktu
Republic of Ireland
Ireland terletak di Garisan Waktu Greenwich (GMT) dan mengikut waktu jimat-siang, waktu akan dicepatkan satu jam pada pertengahan bulan Mac dan dilambatkan satu jam pada akhir bulan Oktober.
Semasa musim panas, cuaca masih terang sehingga pukul 11 malam tetapi menjelang pertengahan Disember, ia mungkin akan gelap pada pukul 4 petang.
Waktu Ireland adalah 8 jam lebih lewat daripada Malaysia
Mata wang
Republic of Ireland
Mata wang euro adalah mata wang untuk Republic of Ireland.
Satu euro terdiri daripada 100 cent.
Not kertas adalah dalam dominasi €5, €10, €20, €50, €100, €200 dan €500.
Wang syiling adalah dalam dominasi €1, €2, 50c, 20c, 10c, 5c, 2c dan 1c.
Northern Ireland
Di Northern Ireland, sterling merupakan mata wang tempatan.
Satu pound sterling terdiri daripada 100 pence.
Not kertas adalah dalam dominasi £50, £20, £10, £5.
Wang syiling adalah dalam dominasi £2, £1, 50p, 20p, 10p, 5p, 2p, 1p.
Kad Kredit
Sebarang kad kredit yang mempunyai logo Visa, MasterCard atau American Express akan diterima secara meluas di Ireland. Pelawat yang mempunyai kad-kad lain hendaklah bertanya terlebih dahulu atau memeriksa sama ada kad tersebut ada dipamerkan di tempat di mana mereka ingin menggunakannya.
Bank
Bank-bank di Ireland secara umumnya dibuka pada pukul 9.30 pagi dan ditutup pada pukul 4.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat; sehingga pukul 5 petang pada hari Khamis. Mesin ATM ada terdapat di kebanyakan bank dan menerima kebanyakan kad kredit dan debit.

Telekomunikasi
Telefon bimbit
Hanya fon digital dengan langganan GSM dan perjanjian perayauan sahaja yang boleh digunakan di Ireland. Para pelawat perlu menghubungi pembekal mereka sebelum berangkat.
Fon Berbayar
Kad fon pra-bayar diterima dengan meluas di kedua-dua Republic dan Northern Ireland dan kedua-duanya mudah dan efektif untuk digunakan.
Kod Telefon
Sekiranya membuat panggilan ke Northern Ireland dari luar negara, semua nombor telefon hendaklah dimulakan dengan nombor 0044 (buangkan ‘0’ yang pertama sekiranya dari nombor tempatan).
Sekiranya membuat panggilan ke Northern Ireland dari Republic of Ireland, gantikan nombor awalan 028 dengan kod 048.
Sekiranya membuat panggilan ke Republic of Ireland dari luar negara, semua nombor telefon hendaklah dimulakan dengan nombor 00 353 (buangkan ‘0’ yang pertama daripada nombor tempatan).
Maklumat Lanjut
Northern Ireland
Pertanyaan Direktori - Tel: 118 500
Pertanyaan Direktori Antarabangsa - Tel: 118 505
‘Talking Pages’ - Tel: 0800 600 900
Republic of Ireland
Sekiranya di Republic of Ireland,
hubungi: Pertanyaan Direktori - Tel: 11850
Pertanyaan Direktori Antarabangsa - Tel: 114
‘Golden Pages Talking’ - Tel: + 353 1 618 8000