Maklumat Am / Maklumat Visa & Kedutaan

Visa, Pasport dan Pejabat Kedutaan
Pelancong yang memegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Republik Ireland atau Northern Ireland. Walau bagaimanapun, semua pelawat perlu menghubungi Kedutaan/Konsulat Ireland tempatan sebelum pergi ke Republik Ireland, dan pelawat ke Northern Ireland perlu menghubungi Kedutaan/Pejabat Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsulat British tempatan mereka untuk memastikan tiada perubahan dalam peraturan dan keperluan visa sejak penerbitan ini.
Kedutaan Ireland di Kuala Lumpur, Malaysia
The Amp Walk
218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Telefon: +60-3-2161-2963
Faks: +60-3-2161-3427
E-mel: kualalumpurembassy@dfa.ie
Pejabat Suruhanjaya Tinggi British in Kuala Lumpur, Malaysia
Pusat Permohonan Visa UK
Suite 19.06, Tingkat 19 Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2164 9323 or (03) 2164 8603
E-mel: info@vfs.com.my
Waktu Pejabat:
Waktu Penyerahan Pasport
0800 – 1230 (Isnin - Jumaat)
Waktu Pemulangan Pasport
1630 – 1730 (Isnin - Jumaat)

Kastam
Pelawat ke Ireland dari United Kingdom dan lain-lain negara EU tidak perlu membuat deklarasi kepada kastam di tempat masuk. Walau bagaimanapun, beberapa barangan adalah dilarang atau dihadkan untuk melindungi kesihatan dan alam sekitar; barangan terhad termasuk daging dan daging ayam.
Kastam mempunyai laluan hijau dan merah di kebanyakan pelabuhan dan lapangan terbang. Sekiranya anda perlu mengisytiharkan barangan bagi elaun duti dan bebas-cukai untuk pelawat bukan-EU, anda mesti menggunakan laluan merah. Sila gunakan laluan hijau sekiranya anda tiada mempunyai apa-apa barangan untuk diisytiharkan.
Barangan yang diperoleh dalam EU
Walaupun kini tiada had yang dikenakan atas barangan tembakau dan alkohol dari satu negara EU ke satu lagi negara EU yang lain, pelawat perlu mengambil perhatian bahawa mereka mungkin diperlukan untuk membuktikan kepada pegawai kastam bahawa barangan yang dibeli adalah untuk kegunaan sendiri sahaja.
Barangan yang diperoleh dari luar EU
Barangan berikut boleh diimport oleh seseorang yang berumur melebihi 17 tahun tanpa perlu membayar duti kastam:
• 800 rokok atau 400 cigarillos arau 200 cerut atau 1kg tembakau;
• 10 liter arak (melebihi 22%) atau 20 liter produk perantaraan (contohnya port, sherry, dan sebagainya, tetapi bukan wain membuih) atau
• 90 liter wain (di mana 60 liter darinya membuih) atau 110 liter bir;
• 50g minyak wangi dan 250ml eau de toilette;
• lain-lain barangan berduti sehingga nilai Euro 40.63.