Merancang Lawatan Anda / Penginapan



Penginapan


Rumah desa yang luas, kastil yang besar, hotel butik yang moden dan B&B yang mesra – tidak kira apa pilihan penginapan anda, Ireland menyediakan segalanya. Berikut adalah keterangan ringkas tentang pilihan penginapan yang ada.

Hotel


Pilihlah antara penginapan dengan ciri tersendiri dan nikmati layanan bermutu tinggi dengan sentuhan Irish. Dari Utara hingga ke Selatan dan dari Timur hingga ke Barat dan di mana-mana sahaja di seluruh Ireland, anda boleh memilih hotel dengan reka bentuk dalaman ultra moden atau kemewahan klasik yang tidak lapuk dek zaman.

Rumah tamu


Rumah tamu Ireland yang selesa terdiri daripada rumah keluarga lima bilik di lokasi perkampungan yang cantik hinggalah kepada rumah besar era Georgian atau rumah moden yang diservis secara profesional! Suasana yang informal dan layanan peribadi memastikan anda merasa seperti di rumah sendiri walaupun dalam persekitaran yang agak mewah!

http://www.irelandhotels.com/
http://www.irishcountryhotels.com/
http://www.irishcourthotels.com/
http://www.holiday-ireland-hotels.com/
http://www.goodfoodireland.ie/
http://www.manorhousehotels.com/
http://www.nihf.co.uk/
http://www.premierguesthouses.com/
http://www.selecthotelsireland.com/
http://www.hiddenireland.com/index.htm
http://www.irelands-blue-book.ie/



Hostel


Pertubuhan gabungan antarabangsa dan operator persendirian kedua-duanya menguruskan lebih 200 buah hostel di seluruh Ireland dan kemudahan ini adalah tempat yang paling sesuai untuk merehatkan diri semasa mengembara dengan bajet yang rendah. Hostel di Ireland adalah murah dan selesa untuk para pengembara yang mengunjungi pusat-pusat bandar dan kawasan desa. Kemudahan yang disediakan kadangkala termasuk hidangan dan aktiviti.

http://www.townandcountry.ie/
http://www.celtic-accommodation.ie/
http://www.hini.org.uk/
http://www.hostels-ireland.com/

Inapan & Sarapan


Selain daripada standard penginapan yang terbaik, anda juga berpeluang menikmati sarapan pagi Irish sepenuhnya dalam suasana rumah persendirian yang selesa. Pastikan anda bertanyakan hos anda tentang tempat-tempat yang terbaik untuk dikunjungi yang berhampiran kerana inilah keunikan inapan & sarapan.

http://www.family-homes.ie/
http://www.irishfarmholidays.com/ifh/index.cfm
http://www.nifcha.com/
http://www.townandcountry.ie/


  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top