Merancang Lawatan Anda / Untuk Melawat



Perkhidmatan Udara Domestik


Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan di Ireland, terdapat pelbagai pilihan perkhidmatan udara dari lapangan terbang antarabangsa dan tempatan Irish, termasuk Dublin, Shannon, dan Northern Ireland.
Perkhidmatan udara domestik/penerbangan dalaman boleh didapati dari lapangan terbang antarabangsa utama seperti Belfast City, Cork, Dublin, dan Shannon serta lapangan terbang tempatan di Aran Islands, City of Derry, Donegal, Galway, Kerry, Knock dan Sligo.  

Syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan domestik berjadual termasuklah:

Aer Lingus 

www.AerLingus.com
Dublin ke Shannon

Aer Arann 

www.aerarann.com
Cork ke Belfast City
Dublin ke Cork
Dublin ke Donegal
Dublin ke Kerry
Dublin ke Knock
Dublin ke Galway
Dublin ke Sligo

Logan Air

www.loganair.co.uk
Dublin ke Londonderry

Aer Arann Islands

www.aerarann .com
Galway ke Aran Islands



Perkhidmatan Bas & Keretapi


Ireland mempunyai rangkaian perkhidmatan bas dan kereta api yang baik.
Perkhidmatan Bus Eireann [www.buseireann.ie] dan Irish Rail [www.irishrail.ie] beroperasi di Republik, manakala perkhidmatan Ulster Bus dan Northern Ireland Railways beroperasi di Northern Ireland [www.translink.co.uk]. 

DART (Dublin Area Rapid Transit) [www.irishrail.ie/dart/] beroperasi di kawasan Dublin dari Howth dan Malahide di North County Dublin melalui Dun Laoghaire di South County Dublin ke Greystones di County Wicklow. Dublin Bus [www.dublinbus.ie] juga beroperasi di ibu negeri Republic. 

Luas [http://www.luas.ie/] juga beroperasi di Bandaraya Dublin City sejak tahun 2004.  Ia adalah sistem tram rel ringan yang menyediakan sistem pengangkutan mudah di kawasan bandar raya ibu negeri bagi para pelancong.  Terdapat dua garisan bagi perkhidmatan ini, iaitu Garisan Merah dan Garisan Hijau, dengan tram yang beroperasi setiap 5 hingga 15 minit.

Di Belfast, Belfast City Bus, Ulster Bus dan Northern Ireland Railways memudahkan pergerakan di sekitar bandar raya.  Maklumat mengenai semua perkhidmatannya boleh di dapati di www.translink.co.uk

Perhatian! Pelawat yang melakukan perjalanan di Ireland dengan menggunakan pengangkutan awam hendaklah selalu menanyakan tentang tambang diskaun khas atau Kad Emerald Card/tiket Irish Rover, yang menawarkan perjalanan dengan bas/kereta api tanpa had untuk tiga, lima atau 15 hari.

Memandu
Menyewa kereta juga merupakan pilihan menarik untuk menikmati keindahan Ireland dan membolehkan kebebasan yang optimum dalam menentukan jadual perjalanan anda sendiri. Para pelawat ke Ireland perlu mempunyai sama ada lesen memandu sah dari negara sendiri atau permit memandu antarabangsa yang dikeluarkan di luar negara. Ia boleh didapati daripada persatuan permotoran di negara sendiri.

Teksi
Terdapat teksi bermeter di Belfast, Cork, Dublin, Galway dan Limerick, tetapi di kawasan-kawasan lain, anda perlu bersetuju terlebih dahulu mengenai tembangnya.
Di Belfast dan Londonderry, terdapat perkhidmatan kongsi-teksi yang beroperasi seperti bas mini. Teksi selalunya akan menunggu giliran di lokasi sentral. Anda juga boleh menempah perkhidmatan teksi untuk menjemput anda dari rumah atau tempat awam.

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top