Polisi Privasi


Pengenalan

Ireland menghormati privasi anda. Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana sebarang maklumat peribadi yang anda berikan melalui laman web kami akan diproses dan digunakan oleh kami. Polisi Privasi ini adalah untuk melindungi anda sebagai pengguna kami, dengan menyatakan maklumat peribadi apakah yang kami kumpul, apakah yang kami lakukan terhadap maklumat tersebut, dengan siapakah kami berkongsi maklumat itu, dan kaedah mana yang digunakan untuk mendapatkannya. Penggunaan anda terhadap laman web konsumer Ireland dan sebarang laman mikro adalah tertakluk kepada persetujuan anda dengan polisi ini.

Ireland berbangga menyatakan bahawa kami mematuhi Akta Perlindungan Data 1998 dan 2003 dan mana-mana usaha pemasaran tradisional dan digital yang akan kami laksanakan adalah tertakluk kepada Akta tersebut.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan

Fungsi kami adalah untuk memudahkan usaha anda mencari produk atau perkhidmatan pelancongan Irish yang sesuai dengan keperluan anda, maka maklumat yang dikumpulkan adalah terhad dan diberikan secara sukarela. Sebagai pengguna laman web kami, anda boleh memilih sama ada untuk menerima maklumat daripada kami, di mana dalam hal ini, kami akan memerlukan beberapa data peribadi daripada anda. Ini termasuklah nama dan alamat e-mel anda dan kami mungkin akan meminta nombor telefon anda supaya kami dapat menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang masalah. Dalam setiap hal, anda tidak perlu risau kerana kami akan hanya meminta maklumat yang asas sahaja untuk memberikan anda maklumat yang anda perlukan dalam tempoh masa yang munasabah.

Ireland tidak berniat mendapatkan maklumat yang seterusnya tanpa kebenaran pengguna yang membolehkan pengguna disusun dalam profil. Kami mendapatkan dan mengumpul maklumat umum atas semua laluan ke laman kami yang hanya diwakili dalam format agregat sahaja.

Penggunaan Maklumat Anda Oleh Pihak Ketiga

Ireland tidak menjual atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, melainkan dalam hal yang berikut, di mana kemungkinannya adalah kecil, seperti:

* apabila diperlukan oleh undang-undang atau berikutan perintah mahkamah atau yang sepertinya
* apabila diperlukan secara serta merta untuk mengelakkan kerugian atau kerosakan serius terhadap harta Tourism Ireland
* apabila ia diperlukan bagi tujuan mendapatkan nasihat undang-undang atau bagi tujuan/ semasa proses perundangan dijalankan, di mana Ireland adalah sebagai satu pihak atau sebagai saksi.

Dari semasa ke semasa, kami menjalankan kempen e-mel promosi bersama dengan pihak ketiga. Sebagai sebahagian daripada kempen seperti ini, sekiranya anda memilih untuk menerimanya, kami akan menghantar e-mel promosi ke alamat e-mel anda yang mengandungi maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang kami rasa akan menarik minat anda. E-mel tersebut akan mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga, dan dalam hal ini, kami akan merujuk kepada bahagian bertajuk ‘SECURITY’ di bawah. Kami tidak akan memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga dan sebarang e-mel promosi akan sentiasa dihantar oleh kami.

Sekiranya anda memutuskan tidak mahu lagi menerima maklumat promosi, anda boleh hubungi kami dan kami akan mengeluarkan nama anda daripada senarai kami.


Analisa Klik oleh Pengguna

Di laman web konsumer Ireland, alamat IP (alamat Internet komputer) dilogkan untuk menjejak sesi pengguna, tetapi pengguna kekal rahsia. Kami menganalisis data ini untuk trend dan statistik tertentu seperti bahagian laman web yang dilawati pengguna dan tempoh masa yang mereka ambil di bahagian tersebut. Kami tidak menghubungkan alamat IP anda ke mana-mana yang anda boleh dikenali.

Cookie

Cookie adalah fail teks sahaja yang diletakkan di komputer anda oleh komputer lain di internet untuk membolehkan komputer tersebut mengetahui bilakah anda melawat laman web yang tertentu.

Cookie membolehkan kami memantau jumlah orang yang melawat laman kami dan mengetahui negara asal pengguna tersebut. Ia juga membolehkan sesetengah elemen dalam pembina itinerari ‘My Ireland’ yang terdapat di laman web kami berfungsi. Kai tidak bergantung kepada penggunaan cookie – sekiranya anda tidak mahu menerima cookie baru atau tidak mahu cookie sama sekali, anda boleh menetapkan penyemak internet anda dengan menggunakan bar menu dan ini tidak akan menjejaskan penggunaan anda di laman web kami.

Sekuriti

Ireland mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan sekuriti, integriti dan privasi maklumat peribadi yang diberikan ke laman kami, dan langkah-langkah sekuriti ini dipertingkatkan secara berkala seiring dengan teknologi terkini. Walau bagaimanapun, anda perlu sedar akan risiko yang sedia ada yang berkaitan dengan transmisi maklumat melalui Internet. Ireland tidak boleh memberi jaminan terhadap sebarang maklumat peribadi yang anda hantarkan ke laman kami. Sekiranya anda risau tentang perkara ini, Ireland mempunyai cara lain untuk mendapat dan memberikan maklumat, seperti melalui pos atau telefon. Hubungi pusat panggilan kami di talian 0800 0397000 untuk maklumat lanjut.

Laman Ireland mungkin juga dipaut ke laman web pihak ketiga. Pautan-pautan ini adalah untuk kemudahan anda sahaja. Pautan ke pihak ketiga tidak bermaksud sebagai pengiktirafan terhadap laman tersebut daripada Ireland dan kami tidak akan bertanggungjawab atas amalan privasi oleh empunya dan pengendali lamina-laman tersebut. Kami menggalakkan anda mengkaji semula polisi dan amalan privasi bagi setiap laman yang meminta maklumat peribadi anda.

Syarat Penggunaan dan Kajian Semula

Fungsi Ireland mungkin berubah di masa hadapan dan Ireland berhak mengubah Polisi Privasi ini mengikut budi bicara kami. Sebarang perubahan yang berlaku akan berkuat kuasa bermula masa ia disiarkan ke laman web. Pengguna akan dianggap sebagai menerima polisi yang diubah dengan penggunaan laman Tourism Ireland yang berterusan pada atau selepas tarikh perubahan tersebut.

Kebenaran Anda

Dengan mengakses kepada perkhidmatan Ireland, anda membenarkan pengumpulan dan penggunaan maklumat oleh Ireland seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini. Penggunaan anda atas laman Ireland ini adalah tertakluk kepada persetujuan anda dengan Polisi Privasi ini.

Soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai Polisi Privasi ini, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel.

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top