Pemandangan & Tarikan Utama / Kastil untuk Menginap



Alami kehidupan sebagai Raja di salah sebuah kastil Ireland yang banyak.

Dromoland Castle


Terletak di kawasan sendiri seluas 410 ekar, Dromoland Castle merupakan antara hotel kastil yang paling hebat dan tersendiri di Ireland – dan merupakan antara destinasi 5 Bintang yang menjadi idaman para pengunjung di Eropah.   
www.dromoland.ie

Waterford Castle


Hotel Waterford Castle yang mewah mempunyai 19 bilik tetamu yang luas dan menawarkan pemandangan indah kawasan sekeliling. Bilik Jamuan Munster yang memenangi anugerah menyediakan seting yang sesuai sekali untuk pengalaman santapan yang hebat. Bersebelahan hotel ada lapangan golf 18 lubang yang menawarkan pengalaman bermain yang unik sebagai padang golf Ireland yang benar-benar berada di atas pulau.
www.waterford.com

Kastil Solis Lough Eske


Hotel kastil yang terbaru di Ireland ialah Kastil Solis Lough Eske yang telah dibangunkan semula sepenuhnya. Terletak di pinggir Lough Eske di Barat Laut Ireland berhampiran Pergunungan Blue Stack, hotel yang indah ini menanti para pengunjung dengan dunia penuh kemewahan dan perkhidmatan mesra yang tiada tolok bandingan. Hotel ini menawarkan 96 bilik tidur yang luas dan selesa, spa 6000 kaki, restoran gourmet dan bilik tarian seluas 4,000 kaki persegi bersebelahan dengan kastil Tudor-Baronial yang telah dibangunkan sepenuhnya.
www.solislougheskecastle.com



Ashford Castle


Berdiri megah di persisiran pantai Lough Corrib, dan jauh tersembunyi di kawasan hutan seluas 350 ekar, kastil kurun ke13 ini merupakan monumen bersejarah zaman silam. Pada satu ketika ia adalah estet milik keluarga Guinness dan ia mula dibuka sebagai hotel eksklusif pada tahun 1939.
www.ashford.ie

Ballynahinch Castle


Ballynahinch Castle Hotel adalah hotel 4 bintang yang romantik terletak di kawasan hutan, sungai dan denai pejalan kaki seluas 450 ekar di tengah-tengah Connemara, Galway.  Kastil yang indah ini berdiri kukuh menghadap Ballynahinch Salmon River yang terkenal, sementara di belakangnya tersergam Banjaran Gunung Twelve Bens.
www.ballynahinch-castle.com

Ballygally Castle


Terletak di lokasi ideal pantai Antrim hanya 42 km dari Belfast dan dekat dengan Larne, Ballygally Castle memandang ke arah pantai Ballygally Bay yang berpasir halus. Kastil yang unik ini dibina sejak tahun 1625 dan ia adalah satu-satunya bangunan kurun ke17 yang masih digunakan sebagai tempat tinggal di Ireland Utara pada hari ini.  "Nine Glens of Antrim" dan Giant's Causeway terletak berhampiran dan pemandangan yang indah boleh dinikmati di denai pejalan kaki pesisir pantai dan lembah kecil yang indah.
www.hastingshotels.com

Culloden Hotel


Culloden Estate and Spa, hotel 5 bintang paling berprestij di Ireland Utara ini menampilkan pemandangan Belfast, Lough dan kawasan pantai County Antrim.
www.hastingshotels.com

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top