Pemandangan & Tarikan Utama / Terokai Lebih Lagi



Cobh


The Queenstown Story adalah pameran multi-media yang menarik yang menjejaki semula sejarah 2.5 juta orang yang berhijrah dari pelabuhan Cobh in Cork. Malah, tempat ini juga merupakan pelabuhan terakhir dua buah kapal malang iaitu Titanic dan Lusitania.
http://www.cobhheritage.com/index2.html

Birr Castle


Birr Castle adalah pusat geografi Ireland. Tamannya menarik ramai pengunjung dan mempamerkan bunga magnolia yang terhebat. Selain dari tamannya, kastil ini mempunyai teleskop besar yang menjadikan tempat ini terkenal. Teleskop ini dibina pada 1825 dan merupakan teleskop terbesar sehinggalah tahun 1917.
http://www.birrcastle.com/

Enniskillen Castle


Terletak di pinggir Sungai Erne, County Fermanagh, kastil ini dibina hampir 600 tahun dahulu oleh Gaelic Maguires. Melindungi kemasukan ke Ulster, ia mempunyai kepentingan strategik dalam sejarahnya. Pada kurun ke-17, ia merupakan benteng Inggeris dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada berek tentera.
http://www.enniskillencastle.co.uk/

Ulster American Folk Park


The American Folk Park adalah muzium terbuka di County Tyrone, Northern Ireland. Muzium ini menceritakan tentang penghijrahan bermula dari Ulster ke Amerika pada kurun ke-18 dan ke-19 dan menunjukkan “sejarah hidup” kepada pengunjung di lokasi terbuka. Para pelakon yang lengkap berpakaian menjalankan kehidupan seharian mereka dengan cara tradisional di bangunan-bangunan Dunia Lama dan Baru.
http://www.folkpark.com/

Newgrange


Makam laluan megalit di Newgrange, County Meath ini berusia lebih tua daripada piramid dan merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO dan menarik minat lebih daripada 200,000 orang pelawat setahun. Dibina pada 3200SM, anak bukit ini meliputi kawasan seluas satu ekar dan dikelilingi dengan 97 buah batu bendul, yang mana sesetengahnya dihiasi dengan seni megalit. Laluan dan makam direka sebegitu rupa di mana ia akan diterangi semasa solstis musim panas dan musim sejuk.
http://www.knowth.com/newgrange.htm

Slieve Blooms


Slieve Blooms yang indah terdapat di bahagian timur laut Offaly dan merupakan peluang bagi anda untuk berjalan atau berbasikal. Slieve Blooms penuh dengan kawasan untuk bersiar-siar terutamanya di sepanjang anak sungai dan sungai yang mengalir daripada bukit-bukit dari pelbagai arah. Setiap satunya mempunyai air terjun dan jeram-jeram kecil di mana terdapatnya pelbagai jenis flora dan fauna. Setiap kawasan masih tidak tercemar menjadikannya seolah-olah kekal terpelihara sejak berkurun lamanya. 
www.slievebloom.ie

Powerscourt House & Gardens


Salah sebuah taman yang terhebat letaknya 20 km di selatan Dublin di kaki bukit Wicklow Mountains. Ia adalah gabungan antara taman formal, teres memanjang, tasik dengan patung dan hiasan dengan gua-gua kecil, kawasan bersiar, taman bertembok dan lebih 200 jenis pokok dan tumbuhan renek. Terdapat sebuah restoran teres di rumah kurun ke-18 yang berhadapan dengan taman, kedai-kedai, taman astaka, galeri dalaman dan pameran sejarah tentang hartanah ini.
www.powerscourt.ie



The Ulster Folk and Transport Museum


Muzium yang terletak di Belfast ini mencerminkan gaya hidup dan tradisi orang-orang di utara Ireland. Galeri menarik di Muzium Pengangkutan mempamerkan koleksi pengangkutan komprehensif Ireland dari kereta kuda hinggalah kereta buatan Irish.
  http://www.uftm.org.uk/

Dunluce Castle


Lereng ‘beristana’ menakjubkan ini terletak di pantai utara Antrim yang terbentuk apabila air laut menghakis ke dalam batu. Dunluce Castle dikatakan sebagai pencetus inspirasi bagi Cair Paravel, istana terkenal dalam karya CS Lewis ‘The Chronicles of Narnia’.
 www.northantrim.com/dunlucecastle.htm

Carrickfergus Castle


Sebagai ciri landskap yang terserlah, Carrickfergus Castle ini mula dibina pada 1180 oleh John de Courcy, penakluk Ulster timur, dan menjadi garison sehingga 1928. Ia adalah lambang kekuatan tentera selama lebih 800 tahun. Pernah ditakluki oleh orang Scot, Irish, Inggeris dan Perancis, Carrickfergus Castle terus berfungsi sehinggalah Perang Dunia II.
www.discovernorthernireland.com/product.aspx?ProductID=
2814

St Partick’s Centre


The Saint Patrick Centre adalah pameran menerangkan tentang Santo Penaung Ireland. Dengan kata-kata dari Patrick sendiri, ugama Kristian diterima di Ireland dan berkembang melalui misinya. Beberapa pameran interaktif membolehkan pelawat mengetahui bagaimana legenda Patrik bermula pada awal zaman Kristian dan menunjukkan hasil seni dan logam yang dikeluarkan pada Zaman Keemasan. ini Pameran ini juga menunjukkan impak utama mubaligh Irish semasa Zaman Kegelapan Eropah – satu warisan yang masih kekal sehingga hari ini.
www.saintpatrickcentre.com

Kastil Trim


Terletak di bandar Trim di Country Meath, Trim Castle adalah kastil Anglo Norman yang terbesar di Ireland dan merupakan lokasi penggambaran filem Braveheart. Kastil ini dibina dalam tempoh tiga puluh tahun dan mula digunakan pada tahun 1176. Lokasi hebat ini mengalami perubahan apabila dibuka kepada orang ramai pada tahun 2000 setelah tempoh panjang penggalian dan pembaikpulihan.
www.heritageireland.ie

Rock Of Cashel


Sekumpulan bangunan zaman pertengahan yang menakjubkan dibina di atas puncak batu kapur di Golden Vale of Cashel di County Tipperary. Di lokasi ini juga terdapat menara bulat kurun ke-12, iaitu High Cross dan Romanesque Chapel, gereja Gothic kurun ke-13, kastil kurun ke-15 dan Hall of the Vicars telah dibaik pulih.
www.heritageireland.ie

River Shannon


River Shannon, sepanjang 386km adalah sungai terpanjang di Ireland dan merupakan jalan air yang penting dalam sejarah Ireland. Ia mengalir melalui 13 daerah di Ireland dan menjadi lebuh raya air yang menenangkan di mana kita dapat menikmati alam semula jadi di sekeliling dan melawat bandar-bandar kecil yang bersejarah yang terdapat di sepanjang tebingnya. Ambillah peluang daripada pelbagai pilihan bot persiaran dengan menaiki bot yang beroperasi di sepanjang River Shannon dan jangan lupa akan terusan-terusan yang bersambung dengannya yang akan menjadikan penjelajahan Ireland sesuatu yang tidak dapat dilupakan!
www.discoverireland.ie/shannon.aspx

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top