Pemandangan & Tarikan Utama / Bandaraya Utama

Dublin
Dengan gabungan kehidupan pinggir Bandar, taman yang hijau, kawasan pantai yang luas dan butik pereka yang terkini, Dublin begitu bertenaga dan pada masa yang sama masih memiliki suasana yang mesra dan tidak formal.
Sebagai salah satu ibu kota yang paling menakjubkan di Eropah, ia menawarkan semua yang anda inginkan untuk percutian kota raya seperti sejarah, budaya, hiburan, membeli-belah dan pilihan pub dan restoran yang tidak putus-putus.
Namun untuk menyaksikan semua yang ditawarkan oleh Ireland tidak semestinya terlalu mahal kerana anda boleh berjimat mengunjungi 30 tempat menarik di sekitar kota dengan membeli Dublin Pass sebelum memulakan kunjungan anda.
www.visitdublin.com
Cork
Kedudukannya sebagai Kota Budaya Eropah Tahun 2005 mungkin telah berakhir namun tidak siapa dapat menyangkal bahawa Cork kekal sebagai salah sebuah destinasi kota yang terbaik di Ireland untuk wilayah Cork/Kerry.
Terokai pusat pinggir kota yang menarik ini dan anda akan dapat temui pilihan restoran yang lazat, bar yang dan pub yang meriangkan serta festival musim panas tempatan yang meriah.
www.discoverireland.ie/southwest
Limerick
Limerick merupakan bandar ketiga besarnya di Republik Ireland dan mempunyai lokasi menarik di tebing sungai paling cantik di Ireland iaitu Shannon.
Kota moden yang pernah dijajah oleh orang Viking pada kurun kesembilan memiliki peninggalan zaman pertengahan yang banyak yang dapat disaksikan di jalan-jalan lamanya.
Selain memiliki Muzium Hunt yang terkenal di seluruh dunia dengan koleksi seni termasuk oleh Picasso, da Vinci serta Renoir, Limerick juga berbangga dengan kawasan zaman pertengahannya yang hebat dengan Kastil King John yang berusia 800 tahun.
Sebagai sebuah destinasi yang sibuk, bertenaga serta menarik, Limerick dipenuhi dengan kedai-kedai yang hebat, pilihan restoran yang lazat serta tempat penginapan yang selesa sesuai dijadikan pangkalan untuk meneroka kawasan sekeliling.
www.discoverireland.ie/shannonregion
Waterford
Bandar Waterford terletak di tebing Sungai Suir. Bandar cantik yang penuh sejarah dan warisan ini ditemui oleh orang Viking pada 853TM dan melalui pemulihan seni bina yang menarik semasa pengembangannya pada kurun ke-18.
Walaupun menjadi antara bandar yang tertua di Ireland, Waterford memiliki gabungan pusat beli-belah ultra moden, siar kaki yang khusus, pub tradisional yang meriah dan restoran gourmet yang menerima banyak pengiktirafan. Bandar ini mampu memberi keseronokan dan daya penarik tanpa mengubah identiti tempatan yang unik.
Bandar ini memiliki daya tarikan yang terkenal di seluruh dunia iaitu Waterford Crystal dan tidak ramai pengunjung yang pulang dengan tangan kosong tanpa membawa barangan kaca yang ditiup cantik.
Selain itu Waterford juga mewarisi tradisi teater dan muzikal. Waterford Light Opera Festival, Waterford Spraoi Festival dan Hullabaloo International Children’s Festival pastinya dapat menarik minat para peminat dari semua peringkat umur untuk menjadikan bandar ini antara yang paling bertenaga untuk dilawati selama beberapa hari atau lebih.
Armagh
Di bandar bersejarah Armagh terdapat pemandangan yang mengagumkan di Ireland. Sebagai ibu kota lama bagi Ulster, Armagh juga dikenali sebagai bandar St. Patrick.
Bandar Armagh moden kini menawarkan para pengunjung pelbagai daya tarikan dari tempat bersejarah hinggalah pub yang kontemporari yang menyeronokkan. Terletak di tengah-tengah Orchard County, bandar ini semakin berkembang dan dipenuhi dengan National Trust Properties, tempat tarikan kanak-kanak, muzium dan acara kebudayaan yang menyeronokkan.
Sebagai salah sebuah bandar yang tertua di Ireland, Armagh memiliki warisan yang kaya dan unik dengan tapak arkeologi yang menarik, mencerminkan sejarah pulau ini selama 6,500 tahun. Armagh pasti dapat menawan hati para pengunjung semua peringkat umur sebagai tempat yang menarik untuk diterokai.
http://www.visitarmagh.com
Lisburn
Bandar Lisburn memiliki kecantikan asli daripada setingnya di Lagan Valley yang indah. Pemandangannya adalah gabungan bukit berbentuk bujur di kawasan terbuka kepada pekan dan kampung yang indah mengelilingi pusat bandar.
Lagan Valley Regional Park mempunyai banyak warisan sejarah yang cantik serta peninggalan industri Linen dan Lagan Canal untuk memuaskan hati semua pengunjung tua dan muda . Bandar yang dipenuhi dengan seni bina yang komp0leks dan elegan merangkumi kurun ke-18 sehinggalah bangunan klasik moden, anda pasti akan menemui segala-galanya dari kedai pereka dan pub yang ceria hinggalah restoran mewah dan pusat warisan yang mengasyikkan.
www.visitlisburn.com

Belfast
Belfast di Northern Ireland dengan saiznya yang kecil, kedudukannya di antara gunung dan pantai serta sejarahnya yang menarik merupakan sebuah bandar yang agak degil dan kini muncul sebagai sebuah destinasi yang rancak dan bertenaga selepas persengketaan selama beberapa dekad.
Bandar raya Victorian yang cantik ini menyediakan pelbagai daya tarikan – anda boleh melihat dermaga di mana Titanic dibina, menyaksikan bangunan City Hall dan Queen’s University yang indah, atau mengunjungi kedai-kedai dan butik menarik di sekeliling kota yang bergaya ini.
Belfast menawarkan tempat penginapan yang bergaya serta mampu inap dengan hotel-hotel reka bentuk baru yang canggih dan selesa, manakala kepelbagaian hidangan yang enak telah menempatkan kota ini di peta makanan Eropah.
Belfast menyediakan suasana terbaik untuk menikmati minuman di pub-pub lamanya yang menarik.
Galway
Galway merupakan antara tempat paling menarik untuk dikunjungi di Eropah Barat. Walaupun sebagai sebuah bandar raya namun ia masih memiliki ciri pekan besar dengan penduduknya yang ramah dan bersikap bohemian.
Dikenali sebagai Kota Puak bersempena 14 puak utama yang memerintah semasa zaman pertengahan, kota yang berkembang maju ini berada pada kedudukan paling barat di Eropah dan memiliki warisan seni yang kukuh dengan pergerakan seni, muzik, teater dan filem yang subur.
Musim panas di Galway menjanjikan pilihan festival yang tidak pernah putus diiringi minuman, makanan dan hiburan di luar dalam suasana indah di kota yang mesra ini.
Nikmati pub yang menarik di kota barat Ireland ini yang berada di tepi Galway Bay dengan jalan-jalan zaman pertengahan yang cantik serta pasar minggu yang meriah untuk percutian di kota yang sukar untuk dilupakan.
www.discoverireland.ie/westKilkenny
Bandar Kilkenny dengan sejarah zaman pertengahannya yang menarik serta industri kraf tangan yang berkembang maju menjadikannya salah sebuah kota yang paling menarik untuk dilawati.
Dengan kastil Norman berusia 800 tahun berdiri megah di antara jalan-jalan zaman silam, Bandar Kilkenny kini telah menukar wajah menjadi destinasi kosmopolitan yang hebat dengan pelbagai pilihan restoran, pub dan bar untuk dikunjungi .
Bandar ini juga menjadi hos kepada salah sebuah festival komedi terkemuka dunia, The Cat Laughs Comedy Festival, yang mengundang para pelawak dari seluruh dunia untuk acara yang menghiburkan. Selain itu, bandar ini juga menjadi salah sebuah pusat seni dan kraf yang hebat dengan menjadi lokasi bagi National Crafts Council serta kedai yang penuh bergaya; Kilkenny Design.
Londonderry
Sebuah bandar bersejarah dengan penampilan yang moden, Londonderry merupakan salah satu antara destinasi paling menarik di Northern Ireland.
Bandar kecil yang memiliki pelbagai wajah ini menjanjikan kejutan buat pengunjung dengan pelbagai daya tarikan yang terdapat di antara tembok bersejarahnya.
Londonderry adalah destinasi hebat yang tidak mengecewakan bermula dari Tower Museum yang menceritakan sejarah bandar ini kepada pilihan pelbagai restoran yang hebat, pub dan kedai yang menarik hinggalah tembok lama kota yang penuh rahsia dan pemandangan indah Sungai Foyle.
www.derryvisitor.com
Newry
Terletak di antara dua kawasan yang sama indah – gunung Mourne dan The Ring of Guillon – Newry, Country Down, Northern Ireland menampilkan pemandangan tak jemu dipandang dikelilingi alam semula jadi yang menakjubkan.
Sejarah Newry yang berbeza menghasilkan kepelbagaian bangunan awam dan juga keagamaan. Dikenali sebagai Gerbang Utara, kawasan ini mempunyai sejarah penempatan yang berterusan sejak 4000SM dan memiliki seni bina yang hebat termasuk kediaman Georgian yang cantik, katedral yang dibina pada tahun 1830 dan dewan perbandaran unik yang dibina di atas Sungai Clanyre.
Dengan landskap yang hebat mengelilingi bandar ini, tidak hairanlah terdapat pelbagai pilihan aktiviti luaran yang boleh dilakukan. Tetapi bagi mereka yang inginkan lawatan yang lebih santai, anda boleh menemui banyak kedai-kedai, bar dan restoran, semuanya tergabung dengan daya tarikan penduduk tempatan.
www.armaghanddown.com