Pemandangan & Tarikan Utama / 10 Teratas



Ireland mempunyai pemandang semula jadi yang memukau dengan efek yang mempesonakan 

Sama ada anda memilih keseronokan berdiri di tebing menghadap Lautan Atlantik, atau menghirup udara nyaman bersiar-siar di bukit yang beralun, atau melawat bandar raya, pasti ada sesuatu yang memenuhi cita rasa semua.

Untuk anda, kami menghadapi cabaran memilih Senarai 10 Teratas:  

Cliffs of Moher


Cliffs of Moher di County Clare mempunyai pemandangan yang paling menakjubkan di Ireland. Tegak berdiri setinggi 230 meter dari aras Lautan Atlantik yang menderu, cenuram megah ini adalah anggaran 8 km panjang dan anda boleh berjalan di atasnya.       
www.cliffsofmoher.ie

Blarney Castle


Blarney Castle dibina hampir 600 tahun dahulu oleh salah seorang ketua Ireland yang hebat, Cormac MacCarthy, dan telah menarik perhatian ramai.  Sejak beberapa ratus tahun dahulu, ramai pengunjung pergi ke Blarney, menjadikannya satu mercu tanda dunia dan antara khazanah berharga Ireland.
Stone of Eloquence yang terkenal, yang terdapat di bahagian atas menara juga dikatakan ada kaitannya dengan Blarney Stone.  Ada yang mengatakan bahawa sekiranya anda berjaya mengucupnya, anda akan petah berkata-kata.  Cubalah sendiri – ramai yang telah mencubanya, dari Sir Walter Scott hinggalah ke presiden Amerika, pemimpin dunia dan penghibur antarabangsa yang mengambil kesempatan dari kuasa mistik batu ini.

Walled City of Derry


Derry (Londonderry) adalah satu-satunya bandar bertembok di Ireland dan salah satu contoh terbaik bagi Bandar Bertembok di Eropah.  Dindingnya dibina pada 1613 – 1618 sebagai perlindungan bagi para peneroka awal kurun ke-17dari England dan Scotland.

The Walls, dengan ukur lilit anggaran 1.5km membentuk laluan di sekeliling bandar bahagian dalam dan menjadikannya satu sesiaran yang unik untuk melihat susun atur bandar asal, yang masih memelihara pelan jalan raya Gaya Renaisans hingga ke hari ini.
www.derryvisitor.com

The Burren


The Burren adalah kawasan batu kapur yang meliputi gunung-gunung besar berserta dengan lembah yang damai serta kali yang mengalir.  Dengan kedamaian semula jadi dihiasi dengan pelbagai flora dan hidupan liar, makam megalit serta monumen yang lebih tua daripada piramid Mesir, The Burren dipenuhi warna dan aura magis di mana ramai yang ingin kembali lagi.
www.shannonregiontourism.ie

Newgrange


Makam laluan megalit di Newgrange, County Meath ini berusia lebih tua daripada piramid dan merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO dan menarik minat lebih daripada 200,000 orang pelawat setahun. Dibina pada 3200SM, anak bukit ini meliputi kawasan seluas satu ekar dan dikelilingi dengan 97 buah batu bendul, yang mana sesetengahnya dihiasi dengan seni megalit. Laluan dan makam direka sebegitu rupa di mana ia akan diterangi semasa solstis musim panas dan musim sejuk.
http://www.knowth.com/newgrange.htm  



Giant’s Causeway


Tambak ini adalah tiang-tiang basalt padu.  Di atas tiang-tiang ini terbentuklah tempat bertapak dari kaki cenuram dan turun ke laut.  Terdapat 40,000 tiang batu kesemuanya dan kebanyakannya berbentuk heksagon, tetapi terdapat sesetengahnya berbentuk empat, lima, tujuh dan lapan segi.  Tiang yang tertinggi adalah anggaran 40 kaki, dan lava yang mengeras di cenuram tersebut setebal 90 kaki.  Fenomena alam yang indah ini terletak di Pantai North Antrim.  Ia dimiliki oleh badan amal The National Trust dan merupakan kawasan Warisan Dunia pertama Ireland.  Ianya hanya satu jam setengah sahaja jika anda menaiki kereta dari Belfast.
www.ntni.org.uk

Ring of Kerry


Alam semula jadi mistik yang masih terpelihara lagi cantik ini ialah Ring of Kerry – tarikan yang mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang melawat Ireland.  Tiada kata yang dapat mencerminkan keindahannya dan merupakan pusat semula jadi bagi aktiviti luar termasuk golf, sukan air, berbasikal, menunggang dan memancing salmon dan trout.  Ring of Kerry juga merupakan satu pemandangan warisan silam yang memukau.  Anda dapat menyaksikan kota Zaman Besi dan Ogham Stones, Biara Lama serta landskap yang terukir daripada batu pada Zaman Ais 10,000 tahun dahulu.
www.discoverireland.ie/southwest

Glendalough


Glendalough menjadi tempat yang paling popular bagi pelawat di Wicklow Mountains National Park.  ‘Lembah dengan dua tasik’ ini terkenal kerana kecantikan semula jadinya, kekayaan sejarahnya dan tempat-tempat arkeologinya. Kawasan bersejarah ini juga dihiasi cantik dengan anugerah alam seperti laluan bukit, denai hutan dan siar kaki tepian tasik. Di sekeliling tasik berkembar di lembah ini terdapat banyak lokasi arkeologi termasuk caher batu, beberapa gereja biarawan Kristian, menara bulat dan katedral zaman pertengahan.
www.heritageireland.ie

The Skelligs


Pulau-pulau Skellig amat terkenal, setiap satunya berdasarkan ciri masing-masing: Skellig Michael terkenal kerana lokasi arkeologi dengan biara tempoh awal Kristian– kini dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia; Small Skellig juga terkenal di bidang ornitologi sebagai kediaman bagi 27,000 pasang burung olek-olek – koloni kedua terbesar di dunia bagi burung laut ini.
www.skelligexperience.com

Carrick-A-Rede Rope Bridge


Carrick-a-Rede bangga dengan pemandangan pantainya yang indah dan anda juga boleh pemeroleh pengalaman melalui jambatan tali yang pasti menyeronokkan.  Nelayan membina jambatan tersebut ke pulau Carrick-a-Rede menyeberangi gaung sedalam 30 meter dan 20 meter lebar untuk memeriksa jala ikan salmon mereka.  Kini ramai pelawat yang tertarik untuk melalui cabaran melintasi jambatan tali tersebut.
www.ntni.org.uk

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top