Terma Kegunaan
Maklumat Perundangan
SILA BACA TERMA DAN SYARAT. DENGAN MENGAKSES TERUS KEPADA PERKHIDMATAN DARI LAMAN INI BERMAKNA ANDA MENERIMA TERMA DAN SYARAT INI.
Notis Hak Cipta
Hak cipta dan lain-lain hak atas bahan dalam laman ini dimiliki oleh Ireland, melainkan sekiranya dinyatakan sebaliknya. Anda dibenarkan mencetak dan memuat turun petikan daripada laman ini bagi tujuan berikut:
1. Menggunakan dokumen dan grafik berkaitan dari laman ini sebagai maklumat/atau untuk kegunaan peribadi sahaja;
2. Sebarang salinan dari laman ini yang disimpan di dalam cakera atau medium simpanan lain hanya boleh digunakan untuk dilihat/tonton kemudiannya atau untuk mencetak petikan untuk kegunaan peribadi.
3. Tiada dokumen atau grafik berkaitan dari laman ini boleh diubah dalam apa jua cara.
4. Grafik dari laman ini tidak boleh digunakan secara berasingan daripada teks yang disertakan.
5. Tiada bahagian dalam laman ini yang boleh dikeluarkan semula atau disimpan di lain-lain laman atau disertakan dalam mana-mana sistem atau perkhidmatan mendapatkan maklumat elektronik awam atau peribadi tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ireland.
6. Tidak dibenarkan menggunakan atau mempamerkan nama atau logo Ireland tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ireland.
Sebarang hak yang tidak dinyatakan dalam Terma ini adalah terpelihara.
Terma penggunaan
Akses dan penggunaan laman ini disediakan oleh Ireland dan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang berikut.
1. Penggunaan laman ini bermakna anda menerima akan Terma dan Syarat ini yang mula berkuat kuasa pada kali pertama anda menggunakan laman ini. Ireland berhak menukar Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan perubahan secara dalam talian. Anda bertanggungjawab untuk sering memeriksa maklumat yang diumumkan secara dalam talian untuk mendapatkan notis yang sewajarnya akan perubahan-perubahan ini. Penggunaan laman ini secara berterusan selepas perubahan diumumkan bermaksud bahawa anda menerima perjanjian ini seperti perubahan yang diumumkan.
2. Ireland berusaha untuk memastikan yang laman ini boleh diakses 24 jam sehari. Walau bagaimanapun, Ireland tidak bertanggungjawab sekiranya, atas apa-apa sebab , laman ini tidak boleh diakses pada sebarang masa atau untuk sebarang tempoh.
3. Akses ke laman ini mungkin di gantung buat sementara waktu atau terus tanpa sebarang notis.
4. Ireland berusaha untuk memastikan yang maklumat di laman ini adalah benar. Namun begitu, tiada jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, diberikan terhadap ketepatannya dan Ireland tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau perkara yang tidak dimasukkan.
5. Sebahagian daripada laman ini mengandungi maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak ketiga bertanggungjawab memastikan bahawa bahan yang diberikan untuk dimasukkan ke dalam laman ini mematuhi undang-undang tempatan dan undang-undang asing yang berkaitan. Ireland tidak boleh menjamin akan ketepatan bahan ini dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, perkara yang tidak dimasukkan atau ketidaktepatan bahan, tersalah tafsir dan atas mana-mana/semua kerugian, kehampaan, kecuaian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebergantungan terhadap bahan yang terkandung dalam laman ini atau sebarang kegagalan atau kegagalan yang dikatakan dalam menyediakan perkhidmatan yang dirujukkan di sini, atau sekiranya berlaku bankrap, pembubaran atau pemberhentian dagangan mana-mana syarikat, individu atau syarikat yang dirujukkan di sini. Pengesahan akan ketepatan dan mata wang untuk maklumat akan diperoleh daripada pihak yang berkenaan.
6. Ireland tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada kehilangan perniagaan atau kehilangan keuntungan) yang timbul dari kontrak, salah laku atau sebaliknya daripada penggunaan atau kegagalan menggunakan laman ini, atau terhadap sebarang material yang terkandung di dalamnya, atau daripada sebarang tindakan atau keputusan yang diambil hasil dari penggunaan laman ini atau daripada sebarang material.
7. Ireland tidak akan bertanggungjawab atas kandungan sebarang laman yang mempunyai pautan hiperteks yang wujud dalam laman ini. Pautan tersebut disediakan untuk kemudahan anda berdasarkan asas “as is” tanpa jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bagi maklumat yang diberikan di dalamnya.
8. Sekiranya mana-mana Terma ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, maka Terma tersebut akan di buang dan dipadamkan dari perenggan yang berkenaan dan Terma dan Syarat yang tinggal akan terus diguna pakai dan berkuat kuasa.
9. Dengan mengakses mana-mana bahagian dalam laman ini, anda dianggap sebagai menerima Terma ini sepenuhnya serta Terma yang termaktub di dalam keseluruhan Perjanjian. Sekiranya anda, pada bila-bila masa, tidak menerima atau tidak mahu lagi menerima sebarang atau semua Terma ini, anda hendaklah berhenti daripada menggunakan laman ini.
10. Terma ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Ireland dan semua pihak dirangkumi oleh bidang kuasa mahkamah Irish. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Ireland daripada meneruskan tuntutan bagi ketidakpatuhan kontrak, pelanggaran hak cipta atau sebaliknya berkaitan Terma-terma ini atau tapak ini dalam mana-mana bidang kuasa lain.
11. Ireland menyediakan laman ini atas dasar "as is" dan "as available" dan tanpa jaminan atau syarat, sama ada tersurat atau tersirat. Ireland, secara khususnya (tetapi tanpa had), tidak menjamin bahawa laman ini akan beroperasi tanpa sebarang gangguan, tepat masa, selamat dan bebas kesilapan. Ireland tidak menjamin bahawa laman ini atau kandungannya bebas daripada virus atau masalah dan Ireland tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian buruk yang berlaku terhadap harta anda akibat penggunaan laman ini.
12. Dengan menggunakan laman ini, anda tidak akan menyiarkan kenyataan yang menyalahi undang-undang, tidak bermoral, menghasut atau memfitnah di dalam atau di mana-mana bahagian laman ini, atau menyiar atau menghantar ke laman ini sebarang bahan yang boleh menyebabkan Ireland menyalahi mana-mana undang-undang, statut, arahan atau peraturan, atau yang boleh, pada pendapat Ireland, menjejaskan nama baik atau reputasi Ireland.
13. Anda tidak akan (dengan menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin) campur tangan atau cuba campur tangan dengan operasi laman ini. Ini termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) tindakan atau tidak memasukkan, mengenakan beban kerja yang tidak munasabah atau terlalu besar ke atas infrastruktur teknikal laman ini (melalui e-mel yang banyak, atau sebaliknya)
Laman ini direka dan dibangunkan oleh Ireland yang tergabung di Republik Ireland. Sebarang pertanyaan atau komunikasi berkaitan dengan notis perundangan ini hendaklah dihantar melalui e-mel kepada:
corporate.admin@tourismIreland.com