Perkara yang boleh Dilakukan / Ekuestrian & Lumba Kuda



Ekuestrian


Kuda Ireland mempunyai reputasi cemerlang di seluruh dunia – semuanya hasil dari tulang yang kuat! Rumput menghijau yang menjadi legenda Ireland kaya dengan kalsium dan melahirkan kuda terbaik Eropah yang bertulang kuat tetapi ringan.

Dikenali sebagai ‘Negeri Kuda’, Ireland menyediakan pelbagai peluang untuk mereka yang inginkan pengalaman berkuda, tidak kira penunggang kali pertama atau penunggang yang mahir. Dengan kemudahan terbaik, persekitaran ekuestrian yang aktif dan pemandangan yang hebat bermakna percutian berkuda di Ireland satu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.



Lumba kuda


Sekiranya anda kurang gemar menunggang, anda masih boleh menikmati acara berkuda di Ireland. Perlumbaan kuda Irish yang penuh debaran boleh menjadi acara yang menyeronokkan bagi keluarga dan para peminat perlumbaan kuda.

Perlumbaan kuda di Ireland dikenali sebagai “sukan raja-raja”. Sebabnya ialah kerana pada zaman Celtic, perlumbaan kuda terhad kepada putera-putera raja dan orang bangsawan sahaja. Walau bagaimanapun, pada hari ini perlumbaan kuda digemari oleh semua dan kami ingin mengesyorkan beberapa litar lumba kuda yang harus dilawati antaranya:

1.    Listowel in County Kerry di Daerah Kerry merupakan balapan lumba kuda tertua di negara ini dengan suasana yang penuh keseronokan untuk keluarga dan terkenal dengan acara lumba yang mengambil masa selama seminggu.

2.      Laytown in County Louth Laytown di Daerah Louth di mana kuda berlumba di atas pasir keras di Pantai Laytown memberikan pengalaman unik yang mesti ditonton.

3.      Downpatrick Racecourse Downpatrick Racecourse di County Down, Ireland Utara, rancak dengan suasana dan menjadi tempat yang ideal untuk anda untuk meletakkan pertaruhan anda jika mahu. Anda mungkin bernasib baik kerana sepanjang hari anda akan diawasi oleh santo Ireland Saint Patrick yang dikebumikan di Down Cathedral yang terletak berhampiran!


  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top