Perkara yang boleh Dilakukan / Memancing



Ireland adalah salah satu destinasi memancing yang popular di Eropah.  Pelbagai jenis ikan dan kualiti memancing membuatkan Ireland begitu terkenal bagi aktiviti ini. 

Pulau Ireland sepanjang 500 km serta kelebaran 300 km mempunyai nisbah air:tanah sebanyak 1:35.  Ini menjadikan eeolah-olah ke arah mana sahaja anda memandang, di situ terdapat lokasi ideal untuk memancing. 

Iklim juga sesuai untuk aktiviti ini dengan musim panas, musim sejuk dan jumlah hujannya yang sederhana sepanjang tahun.  Pengaruh Arus Atlantik Utara yang panas menghala ke pantai barat daya membuatkan iklim tidak keterlaluan berbanding situasi geografinya yang sebenar. 

Hasil gabungan antara ikan air sejuk dan panas membuatkan para pemancing – sama ada kaki pancing sejati, mahu pun pemancing biasa begitu seronok menjalani percutian bersama keluarga.     



Lima tip utama yang berikut adalah permulaan bagi kaki pancing:


1.  Sungai
Sungai dan tasik paling terkenal di Ireland terletak di kawasan tadahan Shannon, Erne dan Lower Bann.  Tempat yang mempunyai pemandangan menarik ini penuh dengan ikan di mana tangkapan melebihi 50kg adalah perkara biasa.          

2.  Tasik
Jangan lupa singgah ke tasik-tasik utama seperti Lough Ree, Lough Derg, Lough Ramor, Inniscara Lake, Upper dan Lower Lough Erne, serta cawangan sungai, sungai dan anak sungai di sekelilingnya.          

3.  Pesta Memancing
Bagi peserta pertandingan memancing, anda dapat menemui pesta memancing antaranya di Portumna, Ballinasloe, Edenderry, Prosperous, Carrick-on-Shannon dan Cavan.          

4.  Ireland Utara
Upper dan Lower Lough Erne di Ireland Utara adalah lokasi sesuai untuk memancing ikan bream manakala Fairy Water di Tyrone sesuai untuk ikan roach.         

5.  Memancing Bersama Keluarga
Killykeen di kompleks Lough Oughter, Hope Castle di Lough Muckno dan Lustybeg di Lower Lough Erne menawarkan kemudahan memancing dan rekreasi bagi seluruh keluarga.         

      

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top