Perkara yang boleh Dilakukan / Golf



Beberapa buah padang golf antara yang tercantik di dunia berlatarbelakangkan tasik dan sungai, bukit dan cerun tinggi serta hutan dan laut menanti anda di Ireland. Sebenarnya, 30% daripada padang golf jenis links adalah di Ireland dan semuanya boleh digunakan oleh pemain golf. Yuran permainan atau green fee untuk golf padang adalah berpatutan antara Euro35-40/£24-27.50stg, menjadikan Ireland lokasi syurga golf yang sebenar!

Tidak kira apa tahap permainan anda, aspek terbaik tentang golf di Ireland semestinyalah acara yang menanti pemain golf di rumah kelab – yang lebih dikenali sebagai lubang ke-19! Tiada yang lebih baik daripada bar Irish di mana anda boleh relaks dan beramah mesra dengan pengunjung tempatan.

Senarai Lima Padang Golf Teratas yang dicadangkan termasuklah:

Portmarnock Hotel And Golf Links


Bertempat di lokasi indah, Portmarnock Hotel terletak hanyalah 11 batu dari ibu negeri dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dublin. Dengan lokasi sunyi berhadapan laut antara dua buah kampung, iaitu Malahide dan Howth, padang golf tahap juara ini direka oleh Bernhard Langer yang meliputi kawasan seluas 180 ekar dengan rupa bumi yang klasik. Dikenali sebagai salah sebuah resort golf utama di Ireland, padang golf links ini mempergunakan kedudukan semula jadi dengan sepenuhnya.
Telephone:+353 (0)18 46 0611
Fax:+353 (0)18 46 2442
Email: res@portmarnock.com
Website: www.portmarnock.com
Address: Strand Road, Portmarnock, County Dublin, Republic of Ireland

The K Club The Palmer Course


Terletak di Straffan di County Kildare, Palmer Course yang merupakan lokasi Ryder Cup pertama di Ireland bukanlah padang golf yang biasa.  Ia diiktiraf sebagai padang gold kawasan pendalaman yang paling mencabar. Pendek kata, Palmer Course merupakan padang golf Eropah yang paling menakjubkan.  Is menarik dan menyeronokkan dan pastinya membuatkan anda menghasilkan permainan yang menarik. Telephone:+353 (0)16 01 7300
Fax:+353 (0)16 01 7297
Email: resortsales@kclub.ie
Website: www.kclub.ie
Address: The K-Club, Straffan, County Kildare, Republic of Ireland



Royal County Down Golf Course


Terletak di Newcastle di County Down, Ireland Utara, Royal County Down adalah antara Kelab golf tertua di Ireland dengan tradisi yang melebihi satu ratus tahun. Royal County Down bukan sahaja mencabar permainan golf tetapi mempunyai pemandangan yang mempesonakan.
Telephone:+44 (0)28 4372 2409
Fax:+44 (0)28 4372 6281
Email: golf@royalcountydown.org
Website: www.royalcountydown.org
Address: Royal County Down Golf Course, 36 Golf Links Road, Newcastle, Down, BT33 0AN

Druids Glen Golf Club


Padang golf Druids Glen merupakan salah sebuah golf padang yang utama di Ireland. Padang ini pernah menjadi tuan rumah bagi Murphys Irish Open dari tahun 1996 hingga 1999 dan telah dipilih sebagai European Golf Resort Of The Year 2005 oleh International Association of Golf Tour Operators (IAGTO).  Padang klasik ini mempunyai banyak lubang menarik dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pemain golf disertai dengan landskap yang dijaga cantik.  Druids Glen sering dirujuk sebagai "The Augusta of Europe" dengan flora dan fauna Glen yang memberikan latar belakang yang berwarna-warni kepada padang golf ini.
Telephone:+353 (0)12 87 3600
Fax:+353 (0)12 87 3699
Email: info@druidsglen.ie
Website: www.druidsglen.ie
Address: Woodstock House, Newtown Mount Kennedy, Wicklow, South Dublin, Republic Of Ireland

The Royal Dublin Golf Club


Terletak di Bandaraya Dublin dan ditubuhkan pada 1885, Kelab Golf ini menerima gelaran dirajanya pada tahun 1891. Seperti yang dijangkakan, The Royal Dublin Golf Club kaya dengan sejarah dan tradisi golf Irish. Ia pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan, sama ada amatur atau profesional, antaranya tiga kejohanan Terbuka Irish yang paling mendebarkan dari tahun 1983 hingga 1985. The Royal Dublin Golf Course mempunyai pemandangan cantik Dublin Bay. Setiap lubangnya begitu mencabar dengan lubang ke-18nya benar-benar menguji kecekapan pemain.
Telephone:+353 (0)18 33 6346
Fax:+353 (0)18 33 6504
Email: info@theroyaldublingolfclub.com
Website: www.theroyaldublingolfclub.com
Address: North Bull Island Nature Reserve, Dollymount, Dublin, Dublin 3, Republic of Ireland

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top