Perkara yang boleh Dilakukan / Kesihatan & Kebugaran



Bawalah diri anda ke titik pertemuan Lautan Atlantik dengan lokasi terindah Eropah dengan landskap yang terpelihara di mana kemewahan alam semula jadi mempunyai kuasa menenang dan menyihatkan anda.  Hiruplah udara segar, rasailah titikan hujan di wajah anda, tenggelamkan diri anda dalam lipatan sejarah dan warisan negara dan dapatkan inspirasi dari apa yang anda lihat dan rasakan.

Ireland kini adalah destinasi spa antarabangsa dengan pelbagai spa yang menarik dan sesetengahnya berada di lokasi yang tersembunyi.  Dengan kemudahan terkini, terapi yang menyegarkan dan bilik rawatan di tengah-tengah lokasi berpemandangan indah, lawatan spa ke Ireland adalah satu pengalaman yang pasti ingin dinikmati oleh semua.

Selain daripada menyambut kedatangan anda dengan kemesraan Irish, ketenangan dan keindahan desa, dilengkapi makanan dari sumber tempatan serta komitmen kepada kualiti dan servis; anda akan mendapat pakej yang sempurna: iaitu pengalaman semula jadi, menyihatkan dan anda dapat bersantai, berehat dan akan merasa lebih segar.

Adakah anda ingin mencari inspirasi dan panduan bagi cara hidup yang lebih baik dengan rejim dan program pembuangan toksin yang ketat?  Bayangkan semua ini dengan di kelilingi oleh pemandangan yang memukau dan pelbagai aktiviti luar yang memberi tenaga, dari menyusur bukit, kepada menunggang kuda dan golf hinggalah berbasikal.

Rawatan spa juga kini juga mempunyai lebih banyak pilihan.  Sesetengahnya mendapatkan sumber inspirasi daripada alam sekeliling yang cantik dengan menggunakan produk dari sumber tempatan, manakala yang lain pula mempunyai servis spa yang diimport dari seluruh dunia.  Anda boleh mendapati rawatan Ayurveda, reiki, urut lomi lomi, dan terapi balneo; semuanya dari spa yang sama.

Apa pun pilihan anda, anda dijamin akan mendapat pengalaman yang tidak boleh dilupakan. 

Berikut adalah senarai spa 5 Teratas yang disyorkan di Ireland:

Powerscourt Springs Health Farm & Spa


Dianggap sebagai ladang kesihatan paling utama di Ireland, Powerscourt Springs Health Farm & Spa hanyalah 30 minit pemanduan dari Dublin.    Tersembunyi di kaki pergunungan Wicklow dan telah beroperasi sejak dua dekad lalu, Powerscourt Springs adalah ladang kesihatan asli Ireland dan masih merupakan salah sebuah spa yang paling popular hari ini.  Spa ini menumpukan kepada suasana santai, servis penjagaan dan rawatan serta aktiviti bertaraf dunia.
Tel: +353.1 276 1000
Fax: +353.1 276 1626
E-mail: info@powerscourtsprings.ie
Website: www.powerscourtsprings.ie

Ballycoursey Day Spa, St. Johns Manor


Di Ballycoursey Day Spa di St. Johns Manor, County Wexford, pastikan anda mencuba Rawatan Pengelupasan Kulit Menggunakan Garam, Rawatan Lumpur Termal, Facial Dermalogica, Urut Seluruh Badan, atau Salutan Badan Gel Aloe Vera.  Spa ini dibina di lokasi biara kurun ke-13, dengan rumah manor memandang ke arah Sungai Slaney yang cantik. Dengan laman luas berlandskap untuk dinikmati, persembunyian damai ini membolehkan anda benar-benar menenangkan fikiran dan menyegarkan semula tubuh.
Address: St Johns Manor, Slaney Drive, Enniscorthy, County Wexford, Ireland
Tel: 053 92 37736
FAX: 053 92 43411
Email: info@ballycoursey.com.
Website: www.ballycourseylodgehealthspa.com



Ballybunion Seaweed Baths


Mandian rumpai laut yang terkenal di The Ladies Strand di Ballybunion, County Kerry ini telah pun berkhidmat selama hampir 100 tahun bagi komuniti North Kerry.  Kebaikan mandi dalam air garam ini memberikan kelegaan terhadap ketegangan otot, ketegangan, sakit artritis dan reumatik.  Air panas menggalakkan pati iodin dari rumpai laut dikeluarkan.  Ini bertindak sebagai antiseptik semula jadi, manakala minyaknya melembapkan kulit dan menjadikan kulit anda merasa segar.  Tuan punya tempat mandi ini sendiri pergi mengambil rumpai laut setiap hari dari "Blackrocks".  Air yang digunakan bagi mandian anda adalah air laut yang dipam dari Lautan Atlantik setiap hari.  Air ini dipanaskan dan akan tersedia untuk anda hanya dengan membuka pili.
Telephone: +353 (0)68 27 469
Address: Lady's Strand, Ballybunion, Co. Kerry, Republic Of Ireland

SÁMAS, Park Hotel Kenmare


SÁMAS, yang bererti “keinginan deria” dalam bahasa Gaelic, adalah destinasi spa mewah yang menggabungkan tradisi rawatan dan terapi dari Timur dan Barat dengan pemandangan Kerry yang memberikan inspirasi untuk membangkitkan tubuh, minda dan jiwa anda.  Resort spa ini telah menerima banyak anugerah antarabangsa termasuklah Spa ‘Top 10’ di Eropah, dan Spa ‘Top 100’ di dunia daripada Condé Nast Spa Awards 2007 serta mendapat tempat ke-4 dalam undian “Top 50 Spas in the World” oleh The Independent. The Spa Finder 2006 juga mengiktiraf spa ini sebagai ‘Top 10 Most Romantic Spas in the World’ dan ‘Top 10 Best Spa Interior Design’.
Address: Park Hotel Kenmare, Kenmare, County Kerry, Ireland.
Tel: +353 64 41200
FAKS: +353 64 41402
E-mail: info@parkkenmare.com
Website: www.parkkenmare.com

Life Spa, Lynch Breaffy House Hotel


Life Spa, di Lynch Breaffy House Hotel dianggap sebagai salah sebuah resort spa terkemuka Ireland.  Sama ada mahu bersantai, penyegaran semula atau ketenangan, Life Spa menyediakan suasana yang tepat bagi semua keperluan kesihatan dan ketenangan anda.  Terdapat lebih daripada 150 rawatan yang menjadi pilihan termasuklah refleksologi, terapi hidro dan terapi algo.
Address: Breaffy House Spa and Suites, Castlebar, County Mayo, Ireland
Tel: 094 9044160
E-mail: escapebreaffy@gmail.com
Website: www.escapebeauty.ie/breaffy.html

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top