Perkara yang boleh Dilakukan / Beli belah



Beli belah


Ireland kini berkembang pesat untuk menjadi salah satu destinasi membeli belah paling bergaya di Eropah.  Dari jalanan Dublin dan Belfast yang peka fesyen, ke kedai-kedai kecil golongan orang seni di celah-celah lorong sunyi, Ireland adalah tempat ideal untuk mencari sesuatu yang bergaya, anggun dan unik. 

From Aran to cashmere


Ireland juga terkenal dengan barangan kait dan bulu dan menjadi tempat yang paling sesuai untuk mencari pakaian musim sejuk.  Baju sejuk tradisional Aran dengan gayanya yang tersendiri, manakala pereka seperti Jimmy Hourihan menghasilkan selendang elegan campuran cashmere dan benang bulu. Anda juga boleh mendapat pakaian kait tradisional Irish di Kilkenny Design, Blarney Woollen Mills, Dublin Woollen Mills dan Avoca Handweavers. 

Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih kontemporari, cubalah hasil daripada pereka pakaian kait Irish yang terkenal di peringkat antarabangsa, Lainey Keogh atau koleksi Sphere One oleh pereka cashmere Lucy Downes.

Pereka & Butik Irish


Ireland berbangga dengan pereka fesyennya yang terkenal yang mencipta nama di persada dunia.  Antaranya termasuklah Louise Kennedy, Quin & Donnelly, Oakes, Paul Costelloe, John Rocha, Lainey Keogh, Michelle O’Doherty, Joanne Hynes, Orla Kiely dan Jen Kelly. 

Apabila anda melawat Ireland, anda berpeluang membawa pulang barangan Irish yang unik dengan melawat pelbagai butik yang ada di Ireland.

Di Dublin, butik juga banyak terdapat di sepanjang Clarendon Street dan South William Street. Carilah rekaan khusus di The Design Centre, Powerscourt Townhouse Centre, dan Brown Thomas, Grafton Street, atau sesuatu yang menarik di Cow’s Lane Market (Sabtu 10 pagi –5 petang, Old City, Temple Bar, Dublin 2).

Di Northern Ireland, jangan ketinggalan melawat Lisburn Road, Belfast, yang kini menjadi kawasan membeli belah yang terkenal!   Daripada antik hinggalah butik fesyen, kedai kraf tangan hingga kedai kasut pereka, kedaibarangan makanan hingga perhiasan dalaman, pasti ada yang istimewa untuk setiap cita rasa.

Sementara itu, di lain-lain tempat di Ireland, jangan lupa singgah di Beth in Cork (Douglas Shopping Centre, Cork) dan Les Jumelles (11 Upper Abbeygate Street) di Galway.



Reka bentuk kaca


Sekiranya anda ingin membawa pulang barangan yang mencerminkan Ireland, kristal dan barangan kaca Galway, Tipperary, Tyrone dan Waterford adalah jawapannya. 

Dengan reputasi seninya yang unggul, syarikat-syarikat kristal utama ini menawarkan gaya tradisi dan kontemporari dengan kerjasama daripada beberapa pereka fesyen Ireland terkenal termasuk Louise Kennedy bagi Tipperary Crystal dan John Rocha bagi Waterford Crystal. 

Newbridge Silverware juga melancarkan koleksi kaca yang elegan bersama pereka Irish yang terkenal, Paul Costelloe. Di samping itu, di Jerpoint Glass Studio, iaitu studio meniup kaca kepunyaan keluarga di Kilkenny, anda dapat menyaksikan kaca ditiup dan anda boleh membeli barangan kaca yang menarik untuk dibawa pulang.  

Cenderahati


Terdapat pelbagai pilihan membeli belah untuk mencari cenderahati.  Kami mencadangkan Parian China daripada Belleek; linen daripada Irish Linen Centre; produk renda dari pelbagai kedai barangan kraf tangan, dan sudah tentunya ikan salmon segar atau salai. 
Selain itu, cubalah sesuatu yang berlainan, iaitu The Cowshed Studios di Kesh, County Fermanagh, di mana anda boleh mendapat hasil seni Batik tulisan tangan yang unik serta ukiran taman Celtic.

  Polisi Privasi| Terma Kegunaan | PetaTapak © 2008 - Ireland - Semua Hak Terpelihara.
Top