Terletak di titik paling barat di Eropah, Ireland mempunyai keindahan alam semula jadi yang menjadi sumber inspirasi yang sering dijadikan latar belakang mitos dan legenda orang Irish. Terdapat pelbagai suasana di Ireland dari kota kosmopolitan yang bertenaga, suasana desa yang tenang serta penduduknya yang mesra dan kreatif yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan senyuman! Pelbagai khazanah terdapat di Ireland, baik dari segi pelancongan, muzik dan seni, sukan, sejarah atau kebudayaan – tradisional dan baru yang dapat memukau hati penonton. Tidak kira apa jua temanya, Ireland sudah tentunya unik dan menarik. Dengan kerjasama daripada rakan-rakan di media Malaysia dan melalui laman web ini serta lain-lain laman yang berkaitan, kami ingin menyediakan anda maklumat asas dan pihak yang boleh anda hubungi untuk merancang dan mereka ciri-ciri media berasaskan Ireland. Ireland sering diketengahkan dalam media dunia untuk aktiviti-aktiviti santai dan pelancongan serta kerap menjadi pilihan dalam kaji selidik pelancongan bagi hotel, resort dan spa yang terbaik dan bagi acara sukan, tarikan pelancong yang unik serta perayaan kebudayaan. Kami berharap dengan mempromosikan Ireland sebagai sebahagian daripada pendedahan atau penampilan media, anda mampu mencapai matlamat anda dalam memuaskan dan menjangkau keperluan audiens anda bagi berita dan maklumat yang berkualiti dan menarik. Jadikan Tourism Ireland sebagai rakan anda dalam mencapai matlamat ini!
Maklumat yang terdapat dalam laman web ini termasuk: