Tourism Ireland
Tourism Ireland

Welcome to Ireland

Apakah yang dicari-cari oleh pelanggan anda? Sama ada destinasi percutian budaya, santapan enak, sejarah, perayaan, aktiviti atau menikmati alam semula jadi – Ireland adalah jawapannya!

Terletak di titik paling barat di Eropah, Ireland mempunyai keindahan alam semula jadi yang menjadi sumber inspirasi yang sering dijadikan latar belakang mitos dan legenda orang Irish. Terdapat pelbagai suasana di Ireland dari kota kosmopolitan yang bertenaga, suasana desa yang tenang serta penduduknya yang mesra dan kreatif yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan senyuman dan celoteh yang menghiburkan!

Ireland adalah destinasi terbaik yang boleh dicadangkan kepada klien anda yang mencari destinasi pelancongan baru sama ada mereka melancong bersama keluarga, dalam kumpulan atau sendirian kerana:

  • prasarana yang baik
  • negara membangun dan mempunyai industri pelancongan yang profesional
  • penduduk yang peramah
  • bentuk muka bumi dan aktiviti menarik
  • lengkap
  • firefof pelbagai pilihan tempat tinggal

Dengan kerjasama erat daripada rakan-rakan dalam bidang pelancongan Malaysia, kami berhasrat untuk menyediakan destinasi yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat kepada klien anda.

Melalui laman web ini serta lain-lain laman yang berkaitan, kami ingin menyediakan anda maklumat asas dan pihak yang boleh dihubungi untuk anda merancang itinerari dan pakej perjalanan yang optimum bagi klien anda.

Maklumat yang terdapat dalam laman web ini termasuk:

  • Pautan kepada pustaka imej beresolusi tinggi untuk digunakan dalam brosur destinasi Ireland
  • Cadangan itinerari bagi klien anda
  • Pautan kalender acara
  • Pautan visa dan maklumat am
  • Maklumat am mengenai Ireland sebagai destinasi pelancongan

Kami berharap dengan mempromosikan Ireland sebagai sebuah destinasi kepada klien anda, anda mampu mencapai matlamat dalam memuaskan dan menjangkau keperluan klien anda dalam menyediakan pengalaman yang bermutu.

Jadikan Tourism Ireland sebagai rakan pelancongan anda dalam mencapai matlamat ini!

Event Calendar
Visa Info